~JaDilah MeMbEr BlOgGeR UmMi...~

Showing posts with label TERATAK MENGANDUNG. Show all posts
Showing posts with label TERATAK MENGANDUNG. Show all posts

Thursday, March 29, 2012

PENGALAMAN MENGANDUNG DAN BERPANTANG..DULU DAN KINI....




GAMBAR QAISARA MASA BABY..........








assalamualikum....kepada rakan-rakan blogger...sory lama tak update status..maklumlah sibuk ngan belajar dan kerja kursus...Aku nak cete mengenai mengandung dulu dan sekarang....hehe..amboi dulu tue lama ke..heheh..taklah..maksud ku..lama tue..masa mengandung anak pertama...



MASA NIE KANDUNGAN PERTAMA....TAPI KEGUGURAN....PUNCA AKU TAK TAHU NAPE..SEBAB SEBELUM TUE AKU ADER BUAT X-RAY DI KAKI AKIBAT EXCIDENT DULU (OKT 2006)DAN
PIC NIE DI AMBIL SEMASA AKU BUAT CHECK -UP KAT HOSPITAL TENGKU AMPUAN AFZAN(HTAA)..20 OGOS 2007 SEBAB BLEEDING....MAKLUMLAH PERTAMA KALI  MENGANDUNG..TAK TAHULAH PUNCA NAK JADI KEGUGURAN...HUHU...PADA 31 OGOS BUAT D& C DI HOSPITAL SELAYANG ...
1)Pengalaman mengandung anak pertama memang menyeronokkan.maklumlah kurang alahan.tapi kandungan ke-2 lah selepas aku keguguran...dan satu je aku tak leh makan time tue..iaitu AIR SOYA DAN TOMYAM..huhuu..sampailah aku dah bersalin pun masih kurang nak minum air soya tue..lainlah kalau bulan POSA..kan..hehe...sekejap ajer tempohnya..sebulan selepas keguguran tak sempat pun abis berpantang 44 hari aku dah period...dan terus lekat ...Alhmdullilah..ALLAH bagi rezeki cepat kali nie....

HARI PERTAMA



 HARI KE 30



PERCUTIAN BERSAMA BOSS DC CONTARCTOR TAHUN 2007 ...DI PULAU PANGKOR...


BERSAMA MY HUBBY....DI PANGKOR....

MASA NIE MENGANDUNG 4 BULAN-LOKASI DI LOST WORLD OF TAMBUN

NIE DAH SARAT SANGAT 8 BULAN DI ZOO NEGARA

Sunday, December 12, 2010

PENYUSUAN IBU (",) KAKAK QAISARA


Ni pic aku dan kakak masa umur 11 bulan ...perjalanan ke P.Langkawi...


Hari nie aku nak cete bab penyusuan susu ibu nie,aku mmg menyokong penuh penyusuan susu ibu nie..allhamdulillah aku dapat menyusukan KAKAK sehingga 2 tahun 4 bulan...
walaupun dapat bantahan dari en.Hubby..huhu..sedih sangat..apabila terpaksa pisahkan penyusuan tue..yelah tgh dok sarat mengandung aku menyusukan KAKAK lagi..walaupun banyak gak..org cakap yang bukan2...bukan2 tue maksudnya...

1-Zat adik hilanglah...

2-Ambil hak Adiklah

3-perkembangan otak kakak terjejas

4-Adik suka melawan kakaknya bila besar...


mitos atau sekadar adat semata..aku tak tahulah..kat sini aku nak postkan entry mengenai bagaimana cara nak menyusukan baby..bagus jgk dapat tambahkan pengetahuan walaupun anak dah 2 org nie....llihat info dibawah yea...info tue aku amik kat forum SALINDAH....



Posisi penyusuan yang baik

Sentuh bibir bayi dengan hujung puting sehingga dia membuka mulutnya. Biarkan dia membuka luas mulutnya untuk memenuhi sebahagian besar areola (bahagian berwarna coklat). Gerakan rahang dan bunyi tegukan memastikan yang bayi menyusu dalam posisi yang betul. Selepas menyusu, masukkan hujung jari kelingking anda di hujung mulut bayi untuk menghentikan hisapan.

Refleks ‘let-down’ atau pancutan susu

Refleks ‘let-down’ adalah rasa berdenyut yang menandakan aliran hangat susu sebaik saja bayi berada pada posisi penyusuan yang betul. Jika anda tidak mengalami rasa ini, ia mungkin disebabkan oleh gangguan, tiada ruang untuk bersendirian, rasa malu atau cemas mengenai penyusuan susu ibu, letih atau sakit.

Beralih payudara

Jika boleh, berikan bayi menyusu dari kedua-dua belah payudara pada setiap kali menyusu. Susukan bayi pada satu payudara sehingga dia berhenti menghisap. Angkat bayi, sendawakannya dan alihkannya ke payudara sebelah dan teruskan menyusu sehingga dia kenyang. Untuk penyusuan yang berikutnya, mulakan pada payudara yang terasa sarat dengan susu.

Sendawakan Bayi

Sendawakan bayi setiap kali selesai penyusuan. Dia mungkin termuntah susu, jadi pastikan anda menyediakan tuala. Jika dia tidak sendawa selepas 30 saat, dia mungkin tidak perlu disendawa. Letakkan bayi di bahu anda dan gosok atau tepuk perlahan belakang badannya.

Pilih posisi yang selesa

Dapatkan posisi yang membuat anda dan bayi rasa selesa. Tubuh bayi haruslah rapat kepada anda dan mukanya bertemu dengan payudara anda. Mulutnya haruslah berhampiran dengan puting dan kepala, leher dan belakangnya perlulah dalam keadaan lurus. Belakang badan anda juga perlulah tegak, jangan membongkok. Gunakan bantal untuk bersandar, jika perlu.

Posisi dakapan- Ini adalah posisi klasik dan menjadi kegemaran kebanyakan ibu. Ia membolehkan perut bayi dan perut anda bertemu supaya anda tidak perlu memusingkan kepalanya untuk menyusu. Kepala bayi berehat di dalam dakapan anda, sokong belakang badan dan punggung bayi serta lengan bayi perlu berada di bahagian sisinya

Posisi ‘football hold’- Posisi ini sangat sesuai jika anda baru pulih daripada pembedahan ‘cesarean’ memiliki payudara yang besar, menyusukan bayi pramatang atau bayi yang kecil saiznya atau menyusukan anak kembar pada waktu yang serentak. Sokong kepala bayi dengan tangan, gunakan bantal untuk menyokong belakang badan anda.

Posisi berbaring – Cuba posisi ini apabila anda dan bayi rasa letih. Jika anda baru pulih daripada pembedahan ‘Cesarean’ ini mungkin satu-satunya posisi yang boleh anda cuba pada beberapa hari pertama. Sokong kepala anda dengan lengan dan sokong bayi anda dengan lengan atas

sumber : Persatuan Pemakanan Malaysia dan Persatuan Pediatrik Malaysia





Sunday, November 7, 2010

38 MINGGU ++

Assalamualaikum...minggu nie dah nak masuk 39 minggu..tak sabar nak deliver baby....hari2 perut mengeras,kena simpul biawak..mujurlah cik hubby..ader tolong tekankan...hihikkkk.....dulu masa first prggy ke qaisara taklah plak...rasa macam nie...la nie pulak macam2 tanda...

MUNGKIN KAH BABY BOY?entahlah kalau ikut org tua..baby boy suka main2....sebelum nak deliver nie....entahlah terima ajerlah..apa yang terjadi..ini semua dugaan ALLAH...preggy kali nie..banyak gak aku beli barang....antaranya PLAYPEN OTOMO yang 28 di beli di TESCO RAWANG...OFFER dari 30 Okt-10 Nov ....harga murahlah..RM139.00 percuma tilam kalau tak harganya RM59.90....dan kat sini persiapan utk ke hospital....plak....

Tuesday, November 2, 2010

Berat Sepanjang Pregnant

12 weeks :68kg
18 weeks :67kg
24 weeks :70.5 kg
27 weeks :70kg
30 weeks :70.3 kg
32 weeks :72kg
34 weeks :73kg
36 weeks :73kg
37 weeks :74kg
38 weeks :72kg
39 weeks :72.5kg

NAIK :68KG=72.5 IAITU:____4.5KG AJER______

Friday, August 20, 2010

BARANGAN BABY YANG TELAH SIAP SEMUANYA...






assalamualaikum...dah beberapa hari umat Islam menyambut ramadhan,dalam masa tue aku duk sibuk mencari nursing cover utk baby yang akan lahir nanti,senanglah nak menyusu di tempat awam insyallah........

Thursday, July 29, 2010

Kandungan ku 24 Minggu

Assalamualaikum.....dah lama rasanya tak edit dekat blog sini...sekarang aku prgnent 24 minggu.....emm dah nak masuk 6 bulan alhamdullh....tapi aku tak scan lagi baby boy or girl..bukan tak excited tapi tak kisah pun mana2 jantina...kira dia selamat dilahirkan alhamdullh...itu aje aku mtk....Mood pun macam2 yang ader.....