~JaDilah MeMbEr BlOgGeR UmMi...~

Monday, April 14, 2014

ANAK SAYA BEBAS JAUNDIS (KUNING)

Alhamdulillah anak2 saya BEBAS KUNING.....(Jaundis)..walaupun no2 dan 3 tue vakum....risiko tetap ada...tak tahu apa petua nya..cuma time prgnent Hb saya rendah dan kene makan Zincofer ...dan tabiat yang takleh saya tinggalkan,saya KETAGIH KOPI CAP GANTANG ....kali nie kalau mkn di luar pasti KOPI AIS jadi idaman saya..


.

Sunday, March 23, 2014

PENGALAMAN BERSALIN 20HB MAC ..2014 KALI INI.....('',)

Pengalaman Bersalin 20hb Mac 2014...:)GARA-GARA SET DALAM INGATAN SELAGI BOLEH JALAN MAKSDNYA TAK BERSALIN LAGI...

1) Alhamdulillah sekian kalinya..anak no-4 nie..pengalaman bersalin dengan DR PEREMPUAN  dari cek sehinggalah bersalin..sebab dari anak pertama selalunya yang menyambut pasti DR LELAKI..tapi kali nie mengandung  niat dan selalu memohon pada ALLAH agar dapat Dr perempuan kali nie...dan akhirnya termakbul....
2) Sakit sekejap jea..malam kul 8.30 mlm..dah start sakit2 biasa...cuma tak kuat.dalam kul 3.30 pg ke Hospital Selayang...dan disana cek bukaan baru 4cm..dan masa tue..cik suami cakap kalau leh jalan lagi maksdnya tak bersalin lagi...tapi still berjalan lagi sebab nak bagi cepat bukaan...kontraksi makin kuat masa tue..tapi layan lagi..SAKIT SIKIT AKU TERUS RUKU'....masa nie tips2 semua aku buat..minum air zam-zam,air selusuh,air anugerah..air kelapa.banyaknya airkan....
3) Ingatkan nak mandi TIPS MANDI AIR SEJUK .....untuk cepatkan bukaan dalam kul 7pg ,tapi dah mask wad masa tue rasa nak meneran...tak jadilah..try panggil nurse..masuk labour room terus 6cm dan terus aje 8 cm....alhamdulillah terus bukaan 9 cm...cepat pulak...dan alhamdullh MELAHIRKAN...
4)kali nie pengalaman bersalin tidak ambil UBAT TAHAN SAKIT...memang pecah rekod sebab sebelum2 nie amik gas etanox...rasa lebih ok lak,tak pening dan cepat jea..badan sihat...alhmdllh..dan rasa keluar semuanya isi2....PENGALAMAN YANG SUKAR DIGAMBARKAN....

# SYUKUR PADA YA ALLAH....

Sunday, November 10, 2013

SPORT DAY QAISARA......2014..

Assalamulaikum...harinie ada sukan di sekolah qaisara...alhamdulillah walaupun ujan tapi dah reda dalm kul 9 pagi tue...rumah biru juara utk hari sukan tersebut...semoga kakak ok...


Sunday, November 3, 2013

PENGALAMAN TEMUDUGA SPP-28 OKTOBER 2013

assalamulaikum...dah lama tak update blog,sampai password pun dah tak ingat.hehhe..oklah kat sini saya nak kongsi pengalaman intw SPP baru2 nie..alhamdulillah semuanya berjln lancar...



nama utk intw telah disemak melalui laman web spp :http://www.spp.gov.my/ pada 24hb Oktober 2013...jadi petang tue dapatlah tahu aku intw kat mana..rupanya di Putrajaya...pada kul 7.30 pagi..kumpulan pertama lak tue,dalam senarai nama tue ada 35 org dari 7.30 ,terdiri daripada 20 senarai nama,dan 9.30 pagi 15 org sahaja...jadi cuak gak sebab aku no 14,so aku dlm kumpulan ke 3 lah ...bilik temuduga adalah bilk no 16...dibawah aku tuliskan info lengkap yea...beginilah yang nyatakan dilaman web spp tue:

Urusan Temu Duga ke Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG 41 Bagi Graduan Diploma Pendidikan Lepas Ijazah Guru Sandaran Tidak Terlatih (DPLI-GSTT) tamat Pengajian Jun 2013   
Temu duga  ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41 bagi Graduan DPLI-GSTT yang telah menamatkan pengajian mereka pada Jun 2013 akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mulai 28 Oktober 2013 hingga 13 Disember 2013 di Semenanjung Malaysia. Calon boleh menyemak jadual temu duga seperti berikut:


        - 28 Oktober 2013 – 01 November 2013       [28/10/2013] [29/10/2013] [31/10/2013] [01/11/2013]
        - 06 November 2013 – 08 November 2013   [06/11/2013] [07/11/2013] [08/11/2013]
        - 26 November 2013 – 28 November 2013
        - 01 Disember 2013 – 03 Disember 2013
        - 05 Disember 2013 – 06 Disember 2013
        - 10 Disember 2013 – 13 Disember 2013  

  
Graduan juga diingatkan untuk membawa dokumen-dokumen berkaitan seperti dalam senarai semak untuk graduan Institut Pendidikan Guru (IPGM) dan graduan Institut Pengajian Tinggi IPTA


* Peringatan.
  
Bagi mereka yang belum membuat permohonan jawatan PPPS Gred DG41, calon-calon berkenaan hendaklah berbuat demikian di www.jobsmalaysia.gov.my selewat-lewatnya pada 31 Oktober 2013. Calon boleh merujuk mengenai tatacara permohonan di ruangan panduan permohonan di www.spp.gov.my. 

   Muat naik pada 23 Oktober 2013





ok jadi aku bertolak dari rumah ke putrajaya,maksudnya dari rawang kul 6.55 pagi lepas subuh jea..aku dah siap semuanya...segala kelengkapan aku dah siapkan 2 hari lagi..excited kan..pemakaian aku haritue: Baju kurung hijau (tanah) dan bunga kekuningan di padankan dengan tudung bawal (aidijuma) heheh jgn tak tahu lama dah aku simpan koleksi tudung tue,maklumlah lebih selesa dengan tudung berawning sekarang nie...dan blazer hitam...nampak smart jea,aku dapat tahu lepas intw markah pemakain blazer 6 markah,so lebih baik pakaikan...heheh...

ok pagi tue,kul 7 pagi aku dah sampai putrajaya dan sempatlah ke petronas isi minyak,selalunya kalau ke putrajaya aku mintak tolong cik hubby tolong temankan...maklumlah aku nie bab jln putrajaya memang tak mahir....walaupun dah hampir banyak kali pergi sana...


oh terlupa nak bagitahu ,ada sorg member aku follow dari belakang,dah sarat pun masih memandu lagi...aku ajak naik sekali tak mahu...katanya lepas intw dia nak jumpa kawannya di kl...whateverlah,janji dia selamat sampai umah..hehehe

ok..sampai ajer perkarangan spp,tue aku tgk dah panjg org beratur..mak ai ramainya...paking pun susah huhu...diorg  nie sampai kul berapa agaknya yea..entah2 awal lagi kot...hehehe...jadi lebih baik sape yang intw pagi2 tue dtg awal lagi yea...

sampai dekat sana ,kami diberi ruang utk ke kaunter khas,maklumlah prgnent kan..heheh jadi dpatlah masuk tak awal jugaklah,kami dah lama beratur panjang baru nak panggil huhuu

ok dah msuk kami diminta sediakan dokumen /salinan seperti:

1)ic
2)surat beranak
3)spm,stpm
4)degree
5)diploma
6)transkrip
7)dan pengiktirafan ijazah dari jpa...

ada jugak kaunter lain nakkan surat tawaran belajar universiti masing2...
- intw dijalankan dalam tempoh 45 minit setiap kumpulan,cuak pun ada soalan boleh tahan gak...huhuu...nak tunggu kumpulan kami masuk sempatlah jugak baca info2 terbaru antaranya:

-Bajet 2014
-PPPM 2013-2025
-NKRA
-WAWASAN 2020
-PIPP (ISU LAMA)
-PBSMR
-VLE FROG
-SPBS
-FPK/FPG

dan banyak lagi isunya...huhuu alhmdulillah group kami masuk kul 9.55-10.30 pagi...penemuduga terdiri dari peg SPP dan Guru Cemerlang,nama puan2 tersebut aku tak ingat...huhuu

mula2 intw,kami diarahkan mengetuk pintu dan berbaris mengikut nama dalam senarai nama.so aku no 4 lah,dah masuk ada 5 kerusi utk setiap seorang..dan penemuduga puan pertama menanyakan beberapa soalan kepada kami:

soalannya:

1)memartabatkan profesion perguruan-melalui PPPM 2013-2025,kenapa dilakukan selama 13 tahun bukan 20 tahun..

dan soalan yang nie ditanya oleh puan ke-2 atau Guru cemerlang tersebut:-


2) Bagaimana pembelajaran aktif dilaksanakan
3) Teori apa yang selalu digunakan dlm sesi pdp
4) Diakhir rph apa yang dilakukan
5) Set induksi bagi-Peruncitan besar-besaran

soalannya agak mencabar jugak ..nie..alhamdullh semua dapat menjawab dengan baiknya..tak tahulah betul ke idak,yang pasti aku jawab ikut pembacaan dan kefahaman aku jea...syukur semuanya dah berlalu..cuma tunggu result jea..bagaimana??....huhu apapun god luck utk sesiapa yang akan di temuduga oleh SPP nanti...insyallah..





~~~~sempat lagi aku berposing tue...hehhe...buat kenangan lah katakan....ok apapun god luck yea...

Tuesday, January 1, 2013

SELAMAT TAHUN BARU 2013............YANG PENUH BARAKAH...

TAHUN BARU TAHUN INI JATUH PADA HARI SELASA.....
SEMOGA TAHUN BARU MEMBERI REZEKI YANG LEBIH BERGANDA LAGI..
DAN PENUH BARAKAH...AMIN....
DAN BERJUMPA DENGAN ORG YANG LEBIH BAIK LAGI...AMIN...

Friday, December 21, 2012

AMALAN-AMALAN BERGUNA AGAR MURAH REZEKI........

Antara amalan amalan yang perlu dilaksanakan oleh setiap induvidu Muslim agar dimurahkan rezekinya oleh Allah s.w.t. Terdapat 11 amalan murah rezeki iaitu.

1. Dalam surah al-A'raf ayat 96, Allah s.w.t. menjelaskan keutamaan takwa dalam konteks dimurahkan rezeki,yang bermaksud: " Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa,tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka ushakan."

2. Banyakkan Doa. Doa dan zikir merupakan ibadah yang besar nilainya di sisi Allah s.w.t.Mengingati Allah s.w.t sama dengan zikir ataupun doa merupakan penyebab kepada kemurahan rezeki dan keberkatannya, penjauh dari segala bala bencana dan mudarat.Mereka yang tidak berdoa adalah golongan yang sombong dan bongkak, ini kerana mereka lupa bahawa rezeki itu datangnya daripada Allah s.w.t.

3.Banyakkan Sedekah.Orang yang banyak bersedekah adalah orang yang tahu akan kebaikan di masa akan datang. Allah s.w.t. telah berjanji melalui firman-Nya bahawa akan menggantikan apa saja yang didermakan di jalan-Nya.

4.Buat Baik kepada Ibu Bapa. Kebahagiaan dan juga kesenangan yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t. kepada seseorang itu adalah bergantung restu ibu bapa mereka. Oleh yang demikian, berbakti kepada orang tua adalah amalan yang wajib dilaksanakan agar kita peroleh kemurahan rezeki. ingatlah doa ibu bapa untuk anak anak mereka adalah mudah dikabulkan oleh Allah s.w.t.

5. Banyakkan istigfar. perkara yan paling utama menjamin turunnya rezeki daripada Allah s.w.t. ialah istigfar dan bertaubat kepada Allah s.w.t. Menurut al-Nawawi, taubat hukumnya wajib atas individu Muslim. dengan memperbanyakkan istigfar, Allah s.w.t akan menurunkan rezeki kepada hamba-Nya itu.

6. Solat Dhuha. Solat Dhuha ialah solat pada waktu matahari naik bermula dari matahari tinggi sepengganla dan tamat waktunya apabila gelincir matahari. ia dikerjakan sekurang-kurangnya dua rakaat, boleh empat rakaat, enam rakaat atau lapan rakaat. Rasulullah s.a.w. amat menggalakkan umatnya melakukan amalan ini.Bila melakukan solat dhuha kepada Allah s.w.t. mintalah semoga Allah s.w.t. membuka pintu rezeki.

7. Baca Surah Al-Waqiah. Amalan ini juga sangat elok diamalkan dengan membaca setiap pagi agar seseorang itu tidak akan dilanda papa atatu kemiskinan dalam kehidupannya. Ini juga merupakan antara amalan harian Rasulullah s.a.w.

8. Beri Makan Kepada Haiwan-haiwan. Setiap Muslim hendaklah meletakkan dalam fikirannya bahawa bantuan Allah s.w.t.akan turun kepada seseorang itu apabila ia membantu makhluk Allah s.w.t. yang lain di muka bumi ini. Tidak kiralah sama ada makhluk itu anak Adam, mahupun binatang-binatang ataupun tumbuhan.Sedangkan batu pun sentiasa bertasbih kepada Allah s.w.t., inikan makhluk Allah s.w.t. yang bernyawa.

9. Jangan Menyeksa Binatang. Menyeksa binatang adalah melanggar Sunnahtullah dan sama seperti merosakkan ciptaan Allah s.w.t.Dalam Islam ini sudah pasti dilarang sama sekali kerana setiap amalan buruk itu akan dibalas oleh Allah s.w.t. sama ada terus di dunia ataupun di akhirat kelak.

10. Sambung Silaturahim. Yang dimaksudkan sambung silaturahim menurut Mulla 'Ali al-Qari ialah berbuat ihsan (baik) kepada kaum kerabat yang mempunyai hubungan kekeluargaan dan perkahwinan.kita dituntut melakukan kebaikan terhadap mereka dan mengambil berat tentang hal mereka. Terdapat hadis menunjukan kepentingan menghubung silaturahim untuk mendapat keberkatan rezeki. Antaranya, hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi s.a.w.bersabda yang bermaksud: " Sesiapa yang ingin diperluaskan rezekinya,dipanjangkan umurnya,maka hendaklah dia menjalinkan silaturahim."(HR Bukhari)

11. Membayar Zakat. Zakat merupakan salah satu Rukun Islam dan wajib dikeluarkan setiap individu Muslim yang berkemampuan. Setiap apa yang ditetapkan oleh Allah s.w.t. itu ada ganjaran bagi mereka yang melaksanakan dengan hati yang ikhlas semata mata kerana Allah s.w.t. Zakat juga merupakan salah satu cara membantu golongan fakir miskin dan sudah semestinya Allah s.w.t. akan membantu mereka yang membantu saudara mereka.


INFO BLOG:-http://www.bebashutang.com

Thursday, December 20, 2012

SEDIH KEHILANGAN SALAH SATU KESAYANGAN KU......

Hai selamat pagi apakah istimewanya 2O/12/2012   heheh tak jumpa dah tarikh nie..so nak buat entry hal mengenai kucing2 kesayangan ku.....first yang paling di sayangi tentunya



RIO FIEGO YANG HANSEMMMMMMMMM

NAMA: RIO FIEGO

D:O:B: 15 JUN 2012

JANTINA: JANTAN

JENIS: MAK DAN AYAH PARSIAN 
PARSIAN...SEMI FLAT face








OK SETERUSNYA

BELLA YANG MONTOK


NAMA: ROSE BELYNDA

D:O:B: 15 JULAI 2012

JANTINA: BETINA

JENIS: MAK PARSIAN AYAH TEMPATAN

KACUKAN TEMPATAN PARSIAN...(MUKA BIASA)




ISTIMEWANYA BELLA..adalah...ekornya yang lkembang macam tupai..tergodek2 ajer bila dia berjalan..sangat cute..kadang2 tgk macam PENARI...hehhe



GAMBAR NYA ADA...satunya BABY CAT ku..



NAMA: ROSE THALIA...

D;OB: 01 DISEMBER 2012

JANTINA:- BETINA

KETURUNAN:- PARSIAN KACUKAN TEMPATAN

TELAH MENINGGALKAN KAMI PAGI TADI KUL 8.30 PAGI

20/12/2012...SEBAB KEMATIAN DEMAM.....


apapun semoga dikau bahagia bersama RUBYSTELLA....yea....