~JaDilah MeMbEr BlOgGeR UmMi...~

Wednesday, December 22, 2010

GURU SANDARAN TIDAK TERLATIH

salam semua pada blogger2..Tetiba rasa nak postkan ent3 nie,pada pagi nie..saya ade call pegawai KGSK..tadi bagi daerah GOMBAK..mengenai GSTT pengambilan Januari 2011.Menurut En Kamardin..tahun nie penempatan untuk guru GSTT hanya ade kekosongan 50 org ajer seluruh daerah Gombak..katanya tempat2 GSTT tue akan dimasukkan guru2 dari GST iaitu guru Posting keluaran IPTA dan Institut Pendidikan....emm,takpelah mungkin takdak rezeki aku tahun nie..syarat nak jadi GSTT nie seperti aku lampirkan diruangan nie..

Syarat-syarat Pelantikan

1. 1 Syarat-syarat pelantikan GSTT adalah seperti berikut:


1. Warganegara Malaysia;
2. Umur tidak melebihi 35 tahun bagi siswazah dan tidak melebihi 30 tahun bagi bukan siswazah;
3. Mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda atau Diploma yang diiktiraf oleh kerajaan;
4. Mempunyai surat pengiktirafan kelayakan dari labatan Perkhidmatan Awam sekiranya Ijazah dari luar negara atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta;
5. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan memperoleh EMPAT kepujian termasuk Bahasa Malaysia atau Bahasa Melayu di peringkat SPM atau setaraf dengannya.


2. Bagi lantikan guru-guru agama, calon-calon hendaklah mempunyai kelulusan Bahasa Arab di peringkat SPM dan kepujian salah satu daripada mata pelajaran Pendidikan Islam atau Syariah atau Usuluddin atau Al-Quran dan Sunnah atau Agama Islam Tinggi atau memiliki Sijil IV Sanawi.


3. Bagi lantikan guru-guru Bahasa Arab, calon-calon hendaklah mempunyai kepujian Bahasa Arab di peringkat SPM dan kepujian dalam salah satu mata pelajaran Pendidikan Islam atau Syariah atau Usuluddin atau Al-Quran dan Sunnah atau AgamaIslam Tinggi atau memiliki Sijil IV Sanawi.


4. Sekiranya terdapat calon yang tidak memenuhi syarat di para 1. i dan 1. ii di atas tetapi perkhidmatan mereka amat diperlukan, Pengarah-pengarah Bahagian atau IPN hendaklah mendapatkan kebenaran BPSM terlebih dahulu.


5. GSTT yang telah dilantik dalam gred lantikan yang lebih rendah boleh dilantik ke gred lantikan yang lebih tinggi mengikut budi bicara Pengarah Pelajaran Negeri atau Bahagian masing-masing tertakluk kepada syarat berikut:-


1. Mempunyai kelayakan akademik yang setaraf dengan keperluan;
2. Ada kekosongan jawatan hakiki dalam negeri berkenaan;
3. Perkhidmatannya adalah diperlukan.


6. Calon hendaklah ditawarkan jawatan yang lebih tinggi mengikut peraturan- peraturan yang telah ditetapkan dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan KPM Bilangan 1 Tahun 2007. Tarikh pelantikan ke kategori yang baru itu hendaklah berkuatkuasa pada tarikh beliau melaporkan diri untuk menjalankan tugas dalam kategori yang baru itu.


7. Seseorang calon boleh juga ditawarkan dan dilantik ke dalam gred lantikan yang lebih rendah daripada kelayakan yang diperolehi mengikut keperluan dan kepentingan perkhidmatan Iabatan yang berkenaan. Elaun bulanan GSTT yang dibayar hendaklah mengikut kelayakan gred lantikan berkenaan.

ANDA LAYAKKAH!!!!!

No comments:

Post a Comment