~JaDilah MeMbEr BlOgGeR UmMi...~

Sunday, July 10, 2011

LEBUHRAYA BARU KL-KUALA SELANGOR EXPRESSWAY (LATAR)

Asslamualaikum....hari ini selepas ke TESCO aku dan my hubby apalagi.berjalanlah pergi menuju Highway baru yang dinamakan LEBUHARAYA KL-KUALA SELANGOR yang siap dirasmikan pada 26 June 2011..apataknya.hari2 aku dok ajak my hubby lalu lebuhraya tue sebab maklumlah dekat dari umah kami tk sampai 5 km pun dari TAMAN SETIA ,Rawang...maklumat di bawah aku dapt tepat dari laman...web.;_
http://www.tasik-puteri.com/forum/index.php?topic=7.0...

syoklah aku wei..apataknya...mmg saje nak jalan nak menengok panorama..kira sekejap ajerlah sampai Ijok...dalam beberapa  km gitu...dan menempuh 2 plaza tol..MAAFLAH AKU TAK TANGKAP GAMBAR KALI NIE...huhuu..lain kali yea.....
2011/04/22


LATAR Expressway mempunyai akses keluar ke Lebuh Raya Guthrie, Lebuh Raya Utara-Selatan dan Lebuh Raya Pantai Dalam.Perjalanan dari Kuala Selangor ke KL cuma 45 minit menerusi LATAR Expressway KUALA LUMPUR: Beribu-ribu pengguna dari Kuala Selangor yang setiap hari terpaksa menempuh perjalanan selama dua jam untuk ke ibu kota, pasti lega sebaik saja Lebuh Raya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR Expressway) dibuka tidak lama lagi.  Ini berikutan lebuh raya sepanjang 33 kilometer (km) itu menjimatkan masa perjalanan mereka daripada dua jam kepada 45 minit bagi perjalanan kedua-dua hala. Selain menjimatkan masa perjalanan, LATAR Expressway yang menghubungkan Kuala Lumpur-Kuala Selangor melalui utara Templer Park ke Ijok itu juga mempunyai akses keluar ke tiga lebuh raya lain, iaitu Lebuh Raya Guthrie, Lebuh Raya Utara-Selatan dan Lebuh Raya Pantai Dalam. Menurut kenyataan pemegang konsesi LATAR Expressway, Kuala Lumpur-Kuala Selangor Expressway Berhad (KLSEB) yang dikeluarkan di sini, semalam, lebuh raya itu juga bakal menjadi laluan alternatif Jalan Sungai Buloh-Kuala Selangor. LATAR Expressway turut merentasi beberapa kawasan penempatan penduduk seperti Templer Park, Kuang, Kundang, Bandar Tasik Puteri, Puncak Alam, Kota Puteri dan Ijok. Katanya, ia juga mempunyai empat susur keluar menerusi empat plaza tol, iaitu Plaza Tol Templer, Kuang, Puncak Alam dan Ijok di bahagian kiri kanannya bagi mempercepatkan perjalanan pengguna. “Pengguna lebuh raya berkenaan juga akan menikmati pelbagai kemudahan disediakan terutama bagi penunggang motosikal kerana ada kawasan Rehat dan Rawat (R&R) di dua bahagian lebuh raya itu bagi mereka yang ingin berehat sekiranya letih,” kata kenyataan itu. Katanya, apa yang pasti, LATAR Expressway menjimatkan masa perjalanan daripada dua jam kepada kira-kira 45 minit bagi perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Selangor.

3 comments: