~JaDilah MeMbEr BlOgGeR UmMi...~

Saturday, August 20, 2011

REBUTLAH 10 HARI TERAKHIR RAMADAN.


Keutamaan hari ke 20 puasa ramadhan, pada suatu hari Allah Azza wa Jalla mengutus kepada kalian tujuh puluh Malaikat untuk menjaga kalian dari setiap setan yang terkutuk; Allah Azza wa Jalla mencatat untuk kalian setiap hari kalian puasa seperti berpuasa seratus tahun; menjadikan parit antara kalian dan neraka; memberi kalian pahala orang yang termaktub dalam Taurat, Injil, Zabur dan Al-Qu’an; Allah Azza wa Jalla mencatat untuk kalian setiap pena Jibril (as) sebagai ibadah satu tahun; memberikan pada kalian pahala tasbih Arasy dan Kursi; dan memberi pasangan untuk kalian setiap ayat Al-Qur’an seribu bidadari.
Itulah keutamaan hari ke 20 puasa ramadhan yang dikutip dari kitab “Fadhâil Al-Asyhur Ats-Tsalâtsah“,  ikuti terus pertanyaan dan jawaban seputar ramadhan di Pertanyaan.com
SEKARANG kita memasuki 10 hari terakhir Ramadan. Ini merupakan fasa ketiga yang menjanjikan selamat dari api neraka.
Pada 10 malam terakhir dalam bulan mulia ini, Allah menganugerahkan satu malam yang sungguh istimewa dan penuh berkat padanya iaitu Lailatul Qadar yang diiktiraf Allah sebagai satu malam yang lebih baik dari 1,000 bulan.
Banyak hadis nabi yang menceritakan mengenai Lailatul Qadar, antaranya hadis riwayat Aisyah r.a yang bermaksud: “Carilah sedaya upaya malam al-Qadar pada malam ganjil dari sepuluh malam terakhir pada bulan Ramadan.” (Hadis riwayat Bukhari).
Namun, malam sebenarnya Lailatul Qadar muncul tidak diketahui dengan tepat. Ternyata Allah menurunkan Lailatul Qadar yang penuh kerahmatan, limpah kurnia dan keampunan ini sebagai rahsia Allah kepada hamba-Nya.
Tentu ada hikmah kenapa Allah merahsiakan turunnya Lailatul Qadar kepada hamba-Nya.
Pertamanya bagi menggalakkan umatnya mencari serta menantikan malam itu dengan memakmurkan sebaik mungkin 10 malam terakhir Ramadan.
Seterusnya malam itu juga disembunyikan kerana kelebihan Lailatul Qadar tidak diberikan kepada sebarangan manusia, sebaliknya dikurniakan pada mereka yang benar-benar berusaha mencari serta memakmurkan malam itu dengan amalan kepada-Nya.
Namun, jangan ada pula yang meringan-ringankan amalan dan Tarawih pada 10 malam pertama dan kedua Ramadan sebaliknya hanya hendak bertarawih dan ibadat pada10 malam terakhir saja.
Ini tak betul kerana nak cari berkat Ramadan ini macam juga main bola, nak masuk pusingan akhir kenalah menang pusingan pertama dan kedua dulu. Mana boleh terus masuk akhir.
Justeru, marilah kita mencari malam penuh berkat ini. Bagi yang benar-benar mencari Lailatul Qadar mereka memakmurkan semua 10 malam terakhir.
Mengikut hadis pula Lailatul Qadar ialah malam ganjil pada sepuluh terakhir Ramadan iaitu malam 21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadan.
Memakmurkan malam-malam itu dengan solat Maghrib, Isyak dan Subuh secara berjemaah kerana Rasul bersabda maksudnya:
“Barangsiapa solat Isyak berjemaah pada malam Lailatul Qadar seolah-olah beribadat separuh malam dan barangsiapa solat Subuh berjemaah akan dapat pahala separuh malam lagi.”
Perbanyakkanlah ibadat, berzikir dan berdoa serta bangunkanlah seluruh ahli keluarga atau jemaah masjid jika beriktikaf untuk bersama memakmurkan 10 malam terakhir agar bertemu malam Lailatul Qadar ini sebagaimana yang selalu dilakukan Rasulullah s.a.w.
Sekian, salam Ramadan.

http://intim.wordpress.com/2007/10/06/rebutlah-fadilat-10-malam-terakhir/

No comments:

Post a Comment