SEJARAH PERKHIDMATAN;-
2006- Dapat tawaran GSTT tapi terpaksa tolak..kerana dah bekerja di TAKAFUL MALAYSIA,Pekan Pahang.
2009-2011= Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT)
- Sek Men keb Rawang (tapi aku penah bercuti 6 bulan sebab aku mengandung time tue Julai 2010)
- Pengalaman mengajar selama nie,antaranya aku pernah mengajar Matapelajaran Agama Islam hampir 1 tahun setengah,Sejarah,B.Melayu,Amalan B.Melayu,Geografi,P.seni , Dan P.Sivik tingkatan 1 dan tingkatan 2.......
PERISTIWA PENYERAPAN GSTT 22 OGOS 2011
Sepanjang perjalanan hujan turun dengan lebatnya |
Syarat-syarat lantikan semula GSTT yang ditayangkan pada hari tersebut |
KPPM-Y.Bhg. Dato Abd. Ghafar bin Mahmud,baik orangnya...pada hari itu beliau telah mempengerusikan Taklimat tersebut. |
Ini akulah...wakil negeri (SELANGOR) |
Bersama KPPM ,Rakan Gstt dari KLANG (Rohazwani dan abg dari perak nie tak ingat nama apa...... |
KPPM bersama kak Wani (merupakan Pengerusi PERSATUAN GSTT MALAYSIA) sila layari laman web:- kalau nak ikuti perkembangan GSTT |
Ahli-ahli tertinggi KPM-semua ada Pengarah,Timbalan,Pengarah IPG dan ramai lagi.... |
PENUBUHAN KOMUNITI GSTT DI FACEBOOK
Tahun 2011 banyak kenangan terindahnya antara memorinya..iaitu isu PENYERAPAN GSTT BERSAMA KSU..masa tue bulan Puasa,lambat gak aku sampai kat umah...maklumlah jalan jem..dengan excident dan hujan lebat.......tetapi memori tue akan ku semat dalam ingatan....Rentetan dari peristiwa tersebut banyak gak dapat feedback yang positif dari pihak kementerian.Dan sebelum isu itu dibawa ke KPM ...aku telah membuka KUMPULAN KOMUNITI GSTT DAN EX-GSTT pada 1 Mei 2011 tak sangka tujuan aku membuka halaman tersebut hanya untuk mencari dan menambah rakan-rakan GSTT di seluruh negeri untuk berkongsi suka duka jadi seorang guru akhirnya menjadi medan untuk rakan-rakan gstt memberi maklum balas ,mengenai isu gstt....alhmdullh ahlinya mencecah hampir seribu org,tapi terpaksa ditutup...kerana pelbagai ancaman dari pihak atasan masa tue...huhu..memang sedih tapi..dalam masa tue aku juga ADMIN GROUP GSTT SELANGOR DAN RSM....untuk pengetahuan semua GSTT SELANGOR sekrg pun hampir mencecah 1300 ORANG HINGGA KINI 1 FEBRUARI 2012..satu pencapaian yang membanggakan...alhmdullh...tapi msih sedih kerana isu PENYERAPAN yang mendapat latihan nie.masih ramai yang tidak dapat..tapi itulah kerja ALLAH...memang rezeki sangat buat mereka yang amat memerlukan..kerana gstt yang paling lama penah berkhidmat aku dapat info adalah selama 10 tahun....huhu lama sungguh yea...
MISI UNTUK BELAJAR PULAK
Aku akan lapor diri di UPSI pada 12 hb nie...jam 4-6 ptg,di Kediaman Kolej Zaaba...harap dipermudahkan semuanya....banyak gak borang 2 nak copy.,barang orientasi selama seminggu .....Cuba tgk senarai semak banyak kan.....huhuu......
Gambar pasport berlatarkan warna hijau untuk membezakan pelajar DPLI di sana...... |
HARAPAN AKU
SEMOGA AKU BERJAYA MENGHABISKAN PENGAJIAN KU PADA TAHUN HADAPAN 2013....AMIN....nanti kita berkongsi lagi yea....
Alhamdullillah, Tahniah..moga tercapai segala harapan & cita2.
ReplyDeletethanks...mama ieja..lama tak dengar khabar.
ReplyDelete