Tuesday, December 18, 2012
APA ITU SAHABAT SEJATI......
KHAS UNTUK SESEORANG :- APAKAH MAKNA ERTI SAHABAT SEJATI:- adakah anda salah seorangnya...kalau tidak anda boleh jauhkan diri anda....('',) persahabatan bertiangkan Ilahi, pasti ia disertai kejujuran dan redhaNya. Tiada istilah khianat menghianati mahupun tikam belakang, apatah lagi mengata dan mencela. Tiada istilah dendam berdendam dan apa sahaja tindakan yang bisa melukakan hati sahabatnya.
Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
❀ Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu
❀ Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu
❀ Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu
❀ Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik
❀ Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu
❀ Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya
❀ Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya
❀ Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu
❀ Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu
❀ Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu
❀ Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu
❀ Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan
❀ Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat
❀ Dia mendorongmu mencapai kejayaan didunia dan akhirat.
Saidina Ali pula ada mengatakan:
❀ Jangan berkawan dengan orang yang tamak kerana pada zahirnya ia ingin membahagiakanmu tetapi hakikatnya dia akan mencelakanmu.
❀ Jauhilah berteman dengan pembohong kerana ia boleh menjadikan orang yang dekat lari daripadamu dan sebaliknya.
❀ Janganlah berkawan dengan orang yang bakhil kerana ia akan melupaimu di waktu kamu sangat memerlukan
❀ Dan jauhilah bersahabat dengan orang yang suka berbuat jahat kerana ia tidak malu untuk menjualmu dengan harga yang sangat murah.
Sahabat sejati bukan mudah untuk dicari. Mencari sahabat sejati bagaikan mencari sebiji benih yang terselit dalam semak berduri. Bersedialah untuk dilukai, namun jangan mengalah untuk terus mencari. Andai sudah kau temui, sayangilah dirinya sepenuh hati, dan suburilah ia dengan hati yang ikhlas dalam diri, agar dirimu juga menemui cinta Ilahi.
Andai dirimu menemui seorang sahabat, usahlah dirimu berpura-pura di hadapannya, hanya kerana kamu mahu diterimanya. Jangan dibiarkan dirimu diselubungi lakonan semata-mata, kerana akhirnya dirimu tiada mampu bertahan, kerana apa yang dizahirkan bukanlah dirimu yang sebenarnya.
Andai dua jiwa lain bentuknya, usahlah dipaksa untuk disatukan, gusar andai akhirnya ada yang terluka. Lepaskanlah dia pergi, dan bermohonlah kepadaNya agar kamu ditemukan dengan sahabat yang lebih baik dari sebelum ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Adakah aku tergolong dalam golongan sahabat sejati ko..terima kasih coz sudi jadi sahabat aku..walaupun baru 1 sem kita kenal..tp aku mmg selesa sgt kawan ngan ko..moga ikatan persahabatan ini kekal hingga ke akhir hayat...
ReplyDeleteinsyallah...amin...heheh sahabat sejati...mybe...akan tergolong...jgn risau ok
ReplyDelete